BiodataTarzidi
Posted On Sunday, July 6, 2008 at at 7:18 PM by DreamCatcherSeperti juga rakan-rakan seperjuangan yang lain, Tarzidi turut aktif berkartun dengan Gila-Gila dan melukis komik Badang untuk akhbar Mingguan Malaysia(1990). Kartunnya yang mencerlah ialah Tarzan dalam Gila-Gila. Beliau adalah salah seorang AJK Pekartun. Kini mengambilalih jawatan Presiden PEKARTUN, dan terlibat dengan pameran Asian Cartoons Exhibition 8th, baru-baru ini di Perpustaakaan Kuala Lumpur.
Source: Wapedia
Majalah G3
Posted On at at 7:16 PM by DreamCatcher
Majalah G3 merupakan sebuah majalah berkonsepkan hiburan yang diterbitkan setiap bulan. G3 merupakan majalah humor dan kartun yang 70% dipenuhi lukisan katun dari pelukis komik tanah air. G3 merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia.
Source: Wapedia
Majalah Ujang
Posted On Thursday, May 29, 2008 at at 4:55 PM by DreamCatcher
Majalah Ujang lahir setelah pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.
Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun berjaya dikadetkan oleh Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.
Dengan tagline, Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi.Kini, UJANG berada di bawah MOY diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.
Sumber: http://wapedia.mobi/ms/UJANG
Nik Nordin
Posted On Wednesday, May 7, 2008 at at 3:37 AM by DreamCatcherNik Nordin MN atau nama sebenarnya Nik Nordin bin Mohd Noor, kelahiran Pasir Mas, Kelantan merupakan salah seorang pelukis dan ilustrator di era 1970-an hingga 1980-an. Allahyarham meninggal dalam usia yang masih muda setelah demam panas. Semasa hayatnya, allahyarham bermula sebagai pelukis komik bebas (freelancer).
Karya pertama beliau ialah PERKASA, sebuah komik genre purba ala CONAN THE BABARIAN. Komik tersebut diterbitkan oleh Syarikat Penerbitan Knight, Bangsar, Kuala Lumpur. Format bersaiz kecil dan dijual dengan harga 60 sen dalam dua warna. PERKASA merupakan superhero Melayu ciptaan beliau berdasarkan karekter CONAN yang bertubuh sasa, mendapat kekuatan setelah membunuh makhluk raksasa. Komik ini diterbitkan dalam beberapa siri yang lain dan siri yang ketiga dalam 4 warna penuh dan bersaiz komik US.
Kemudian, allahyarham menyertai Syarikat Suarasa melukis komik-komik bagi majalah BAMBINO dan RINA. Nik Nordin turut diberi peluang melukis karekter Bambino dan komik Rina (achor majalah RINA) buat beberapa ketika. Genre yang digemari allahyarham ialah genre purba melalui komik Perkasa, Kala dan Keris Merah. Setelah itu, allahyarham menyertai UTUSAN MELAYU sebagai ilustrator dan menyumbang karya sebagai penghias cerpen dan komik mingguan. Komik bersiri ESOK MASIH ADA merupakan kolobrasi allahyarham dengan penulis novel dan wartawan tersohor, Zahari Affandi.
Sumber: http://wapedia.mobi/ms/Nik_Nordin
Profil Pelukis: Zoy
Posted On Tuesday, April 15, 2008 at at 1:36 PM by DreamCatcherMohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai
ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik
dan berkartun hingga ke hari ini. Bermula dengan komiknya yang
berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan
Knight. Karya-karyanya menyinngkap kehidupan rakyat Malaysia
berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO
merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.
Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia
dan majalah FANTASI dan
Gempak, (awal penerbitan) beliau turut menjadi
pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi
pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan
dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat
tersebut.
Source: http://wapedia.mobi/ms/
4 jenis stail komik tempatan di malaysia.
Posted On Monday, March 24, 2008 at at 10:06 PM by DreamCatcher
Humor
Jenis ni memang dah lama ada kat malaysia sejak zaman perang dedulu.Memaparkan lawak humor masyarakat dan penuh dengan lawak berbisa tapi bermesej.Ciri kartun ni macam selau kau jumpa kat Majalah APO?,Ujang atau Gila-gila.
Blues
Pengasas kartun ni adalah Abang Aie kita.Revolusi kartun Blues mula meledak semenjak popularnya karya blues beliau bertajuk 'Blues untuk aku'.Semenjak itu mulala dtg karya2 lain cam yg slalu korang nampak kat majalah Apo? atau Blues Selamanya.Kartun blues memaparkan kehidupan seharian watak utama dalam mengharungi hidup dia di dalam dunia yg penuh dgn pancaroba.Krya2 ni banyak menggunakan penggunaan ton satu warna dalam mengekspressikan mood suatu babak((sebab Abang Aie kita buta warna).Disertakan juga tulisan2 puisi ciptaan sendiri terselit kat sesetengah scene.
Stail Manga/Hongkong
Kebanyakan karya kartun ni boleh dikatakan mula meledak kat industri kartun kita skang ni.Bnyak pelukis kita yg mula terpengaruh dgn stail manga dari jepun dan stail komik hong kong.Sesetengah kau bleh jumpa kat dalam majalah Gempak,Starz atau Utopia.Sesetengah kat dalam internet(kalau susah nak kluar majalah).
Stail komik barat
Stail ni slalu kau jumpa kat dalam majalah komik Fantasia(skang dah takder dah) ataupun Urban Comics.Kebanyakkan pelukis komik stail ni suke buat citer2 gothic cam citer hantu ke,psyco ke ataupun superhero.Pelukis2 komik stail ni kekadang suka mencampurkan elemen tradisional dalam karya mereka cam komik pendekar melayu.Serius aku cakap,persamaan karya stail ni dgn kartun humor atau kartun blues ialah mesej diorang yg begitu mendalam dan tersembunyi dalam karya2 diorang.
Geng Trailer
Posted On Monday, March 10, 2008 at at 3:56 AM by DreamCatcher
P/S: Layan













